Ini adalah post saya yang pertama.
Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya ketika jalan - jalan (sightseeing) di dalam negara kita sendiri.
Post saya yang pertama adalah Jalan Jalan di Kuala Lumpur.
Berikut adalah destinasi yang saya pilih untuk menghabiskan satu hari di KL dengan cara bajet dan kos yang rendah.
SOGO KL - Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Jalan Masjid India - Jalan Tun Perak (Masjid Jamek) - Petaling Street ( Chinatown ) - Central Market (Pasar Seni) .
Cara saya berjimat adalah dengan menaiki keretapi ktm komuter dari stesen Padang Jawa ke stesen Bank Negara yang mengambil masa selama sejam untuk sampai ke KL. Anda boleh semak harga tiket train kat link tu. Waktu balik pula saya menaiki train dari stesen Kuala Lumpur yang tidak berjauhan dari Central Market untuk kembali ke stesen Padang Jawa.
Dari stesen bank negara anda boleh terus ke destinasi pertama iaitu SOGO. Berbelanja disini memang jimat dan berbaloi, lagi lagi bila tengah sale, memang ramai orang tempatan dan pelancong yang shopping kat sini. Mungkin semua barang- barang yang anda cari terdapat disini dengan harga yang berpatutan. Saya pun dapat beli satu kemeja dengan harga RM29.00 berjenama John Langford.
SOGO KL |
Selepas puas pusing-pusing di dalam SOGO tu, anda boleh terus ke Jalan TAR yang terletak di belakang mall tersebut. Dari situ anda boleh lihat terdapat banyak kedai-kedai seperti kedai tekstil, tudung, baju dan lain-lain. Salah satu tumpuan di jalan ini adalah MUAZ textile kerana terdapat jualan yang sangat-sangat murah untuk barangan seperti tudung dan kain pasang, pastinya menarik kaum hawa untuk singgah. Pastikan di Jalan TAR anda habis ronda-ronda kerana harga barangan wanita disini sungguh murah.
JALAN TAR |
Jalan TAR sudah, selepas itu anda boleh melalui Jalan Masjid India untuk ke destinasi seterusnya. Disini juga terdapat banyak kedai-kedai tetapi khusus untuk kaum india. Antara kedai yg terdapat disini ialah JAKEL & Gulatis. Bersempena dengan nama jalan tersebut, terdapat sebuah masjid disini yg di imamkan oleh india muslim. Saya pernah solat jumaat di sini dan tidak hairan khutbah di sini di disampaikan dalam bahasa tamil!
MASJID INDIA |
Seterusnya anda perlu melalui Jalan Tun Perak, disini anda dapat melihat Masjid Jamek di sebelah kanan anda. Masjid yg klasik ini dibina pada tahun 1909 dan yang tertua di bandar KL. Sepanjang jalan ini terdapat restoran segera (Fastfood Restaurant) yang anda boleh singgah untuk berehat.
MASJID JAMEK |
Di hadapan, anda akan jumpa Menara Maybank dan Pudu Raya. Anda perlu belok ke kanan dan jalan sedikit akan sampai ke destinasi. Petaling Street adalah pasar yg paling meriah di KL kerana suasana disini sama seperti uptown, dengan laluan yang sempit bercampur dengan pengunjung yang ramai boleh memberikan anda keadaan yang tidak selesa. Ia mula beroperasi sekitar pukul 3petang sehingga lewat malam.
PETALING STREET |
Destinasi terakhir adalah Central Market. Ia dibina pada tahun 1888 dan dahulu fungsi asalnya adalah pasar basah tetapi sekarang sudah dilabel sebagai tapak warisan. Disini terdapat barang-barang antik, hasil buatan tangan, seni, kebaya, songket, batik dan hiasan-hiasan cenderahati.
CENTRAL MARKET |
Sampai disini sahaja perkongsian perjalan sehari di bandar Kuala Lumpur dengan 6 destinasi yg berlainan dan menarik untuk kita lawati. Destinasi ini hanya untuk yang berjimat dan suka berjalan kaki di bandar. Terdapat banyak lagi tempat yang menarik boleh anda lawati di Kuala Lumpur antaranya KLCC, KL Tower, Pavillion, Mid Valley, Zoo Negara dan lain-lain. Jadi bawalah bersama keluarga anda atau orang tersayang untuk melihat keindahan, keunikan dan keaslian Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment